Friday, January 14, 2011

Aktiviti Harian DPA 2/2010 Sidang A: Debat ICT

Pada hari ini telah di jalankan sesi Debat ICT DPA 2/2010 Sidang A. Debat ini terbahagi kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan di wakili 3 pencadang dan 3 pembangkang.



Setiap kumpulan akan di beri satu tajuk untuk di bahaskan. Tajuk-tajuk yang di berikan adalah berkaitan dengan sesi ceramah yang telah di beri pada hari Isnin dan Selasa yang lalu. Antara tajuk-tajuk debat ini adalah:
  1. Penggunaan ICT membuka ruang ancaman keselamatan dan kerahsiaan kerajaan.
  2. Perundangan dapat mengekang jenayah siber.
  3. Penggunaan komputer riba (notebook/laptop) lebih sesuai berbanding komputer desktop dalam sesebuah organisasi.
  4. Pentadbiran tanpa kertas (paperless administration) dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
  5. Pengurus bukan ICT tidak memerlukan pengetahuan teknikal ICT.
  6. Pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband) berjaya mengatasi masalah jurang digital.
Terima kasih kepada barisan panel juri yang melapangkan masa bagi mengadili sesi Debat ICT DPA pada hari ini. Mereka adalah:
  • Cik Kartini Jailani - Program Kepakaran ICT
  • CIk Rekha Maryanne Louis - Program Kepakaran ICT
  • Pn. Hazrina Hassan - Program Latihan Pengurusan ICT

No comments:

Post a Comment