Friday, January 14, 2011
Aktiviti Harian DPA 2/2010 Sidang A: Debat ICT
Pada hari ini telah di jalankan sesi Debat ICT DPA 2/2010 Sidang A. Debat ini terbahagi kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan di wakili 3 pencadang dan 3 pembangkang.
Setiap kumpulan akan di beri satu tajuk untuk di bahaskan. Tajuk-tajuk yang di berikan adalah berkaitan dengan sesi ceramah yang telah di beri pada hari Isnin dan Selasa yang lalu. Antara tajuk-tajuk debat ini adalah:

- Penggunaan ICT membuka ruang ancaman keselamatan dan kerahsiaan kerajaan.
- Perundangan dapat mengekang jenayah siber.
- Penggunaan komputer riba (notebook/laptop) lebih sesuai berbanding komputer desktop dalam sesebuah organisasi.
- Pentadbiran tanpa kertas (paperless administration) dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
- Pengurus bukan ICT tidak memerlukan pengetahuan teknikal ICT.
- Pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband) berjaya mengatasi masalah jurang digital.
- Cik Kartini Jailani - Program Kepakaran ICT
- CIk Rekha Maryanne Louis - Program Kepakaran ICT
- Pn. Hazrina Hassan - Program Latihan Pengurusan ICT
Wednesday, January 12, 2011
Berita Mingguan: DPA 2/2010 - Sidang A
Pada minggu ini (10-14 Jan) sedang berlangsung kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Siri 2/2010 bagi modul ICT.
Peserta DPA pada kali ini adalah dari Sidang A seramai 38 orang. Modul ICT ini mengandungi beberapa sub-modul. Antaranya:
- IT management in public sector
- e-Government
- Knowledge management
- System development
- Hardware/Software and application
- Information security
Tuesday, January 11, 2011
Perancangan Tahun 2011
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Buat semua penjawat awam di seluruh Malaysia, pada tahun 2011 ini, UPICTK akan menganjurkan beberapa siri kursus yang akan bermula pada bulan Mac ini.
Kursus-kursus tersebut adalah:-
Selamat memohon dan jumpa anda di INTAN...
Buat semua penjawat awam di seluruh Malaysia, pada tahun 2011 ini, UPICTK akan menganjurkan beberapa siri kursus yang akan bermula pada bulan Mac ini.
Kursus-kursus tersebut adalah:-
- Microsoft Office Specialist (MOS) - Access 2007
- Microsoft Office Specialist (MOS) - Excel 2007
- Microsoft Tips and Tricks
- OpenOffice.org (Asas)
- Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Information Technology in Public Sector (ITMPS)
Selamat memohon dan jumpa anda di INTAN...
Salam Perkenalan
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia....
Buat pertama kalinya Unit Pembudayaan ICT dan Kerjaya (upictk), Program Latihan Pengurusan ICT (plpict) INTAN memperkenal blog Pembudayaan ICT sebagai wadah kepada pembaca yang ingin mendapatkan maklumat, berita dan aktiviti semasa UPICTK ini.
Blog ini secara rasminya digunakan sebagai platform kepada peserta kursus, penjawat awam, pelajar atau orang awam untuk berkongsi maklumat, cerita, berita atau apa sahaja maklumat yang boleh di manfaatkan untuk perkembangan ict.
Sampai di sini dahulu perkenalan kepada blog ini. Harapan kami agar pembaca semua gembira dengan kehadiran blog ini.
Sekian, salam mesra dari kami di UPICT, PLICT, INTAN Bukit Kiara.

Subscribe to:
Posts (Atom)