Friday, January 14, 2011

Aktiviti Harian DPA 2/2010 Sidang A: Debat ICT

Aktiviti Harian DPA 2/2010 Sidang A: Debat ICT

Pada hari ini telah di jalankan sesi Debat ICT DPA 2/2010 Sidang A. Debat ini terbahagi kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan di wakili 3 pencadang dan 3 pembangkang.



Setiap kumpulan akan di beri satu tajuk untuk di bahaskan. Tajuk-tajuk yang di berikan adalah berkaitan dengan sesi ceramah yang telah di beri pada hari Isnin dan Selasa yang lalu. Antara tajuk-tajuk debat ini adalah:
  1. Penggunaan ICT membuka ruang ancaman keselamatan dan kerahsiaan kerajaan.
  2. Perundangan dapat mengekang jenayah siber.
  3. Penggunaan komputer riba (notebook/laptop) lebih sesuai berbanding komputer desktop dalam sesebuah organisasi.
  4. Pentadbiran tanpa kertas (paperless administration) dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
  5. Pengurus bukan ICT tidak memerlukan pengetahuan teknikal ICT.
  6. Pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband) berjaya mengatasi masalah jurang digital.
Terima kasih kepada barisan panel juri yang melapangkan masa bagi mengadili sesi Debat ICT DPA pada hari ini. Mereka adalah:
  • Cik Kartini Jailani - Program Kepakaran ICT
  • CIk Rekha Maryanne Louis - Program Kepakaran ICT
  • Pn. Hazrina Hassan - Program Latihan Pengurusan ICT

Wednesday, January 12, 2011

Aktiviti Harian DPA 2/2010 Sidang A: Kelas Tips and Tricks



Berita Mingguan: DPA 2/2010 - Sidang A

Pada minggu ini (10-14 Jan) sedang berlangsung kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Siri 2/2010 bagi modul ICT.


Peserta DPA pada kali ini adalah dari Sidang A seramai 38 orang. Modul ICT ini mengandungi beberapa sub-modul. Antaranya:
  • IT management in public sector
  • e-Government
  • Knowledge management
  • System development
  • Hardware/Software and application
  • Information security

Tuesday, January 11, 2011

Perancangan Tahun 2011

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

Buat semua penjawat awam di seluruh Malaysia, pada tahun 2011 ini, UPICTK akan menganjurkan beberapa siri kursus yang akan bermula pada bulan Mac ini.

Kursus-kursus tersebut adalah:-
  1. Microsoft Office Specialist (MOS) - Access 2007
  2. Microsoft Office Specialist (MOS) - Excel 2007
  3. Microsoft Tips and Tricks
  4. OpenOffice.org (Asas)
  5. Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Information Technology in Public Sector (ITMPS)
Permohonan  bagi semua kursus di atas telah dibuka di laman web INTAN, http://www.intanbk.intan.my/itims/courses_schedule/crs_course_list.php

Selamat memohon dan jumpa anda di INTAN...